Tips.Recipe.Review.Business.Short Story

AYAM GORENG BEREMPAH RANGUP..

Yang ni resepi favorite, dalam hidupku tak sah kalau tak ada ayam goreng. Tak kiralah ayam goreng jenis KFC ke goreng kunyit ke berempah ke, janji ayam goreng. Siapa sini tak suka ayam goreng? Angkat tangan main jauh-jauh..hahaha

So, kita mula ya? Nak buat lauk untuk nasi tomato pun boleh, nasi minyak pun boleh, macam-macam jenis masakkan pun boleh buat ayam goreng berempah ni, budak-budak mesti suka sangat...

**AYAM GORENG BEREMPAH RANGUP**

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam~~dipotong 12 bahagian
1 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
20g halia
4 batang serai
15g lengkuas
2 batang daun kari~~daun sahaja
2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar lada hitam
Minyak masak~~secukupnya

KAEDAH 
1. Dalam pengisar, masukkan bawang putih, bawang merah, halia, serai dan lengkuas. Selepas itu kisar sehingga halus. Tambah sedikit air ke dalam pengisar.
2. Masukkan daun kari, serbuk kari, serbuk pati ayam, gula, garam dan lada hitam ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam ke dalam campuran dan salutkan ayam dengan sama rata. Tutup dan simpan dalam peti sejuk sekurangnya dua jam atau sebaiknya semalaman.
4. Panaskan minyak dalam kuali sehingga ia panas dan bersedia untuk menggoreng, kira-kira 180°C hingga 200°C
5. Berhati-hati bila memasukkan ayam ke dalam kuali dan jangan isi kuali dengan terlampau banyak ayam.
6. Terbalikkan ayam setiap 4 hingga 5 minit untuk memastikan ayam dimasak dengan sama rata. Warna kulit ayam yang sudah masak adalah perang keemasan gelap. 
7. Rehatkan ayam goreng berempah yang dimasak di atas beberapa tuala kertas untuk mengeluarkan lebihan minyak sebelum dihidang.

TIPS TAMBAHAN
1. Anda juga boleh digunakan beg ziplock untuk perapan ayam. Ia mengambil kurang ruang didalam peti sejuk berbanding mangkuk besar.
2. Tidak mempunyai termometer memasak? Anda juga boleh membuang sedikit perapan ke dalam minyak untuk pastikan jika minyak sudah sedia untuk menggoreng. Berikut adalah cara untuk memastikan minyak telah sedia untuk menggoreng (Minyak mula menggelegak sekitar perapan,  tiada apa yang berlaku bermakna minyak tidak cukup panas, minyak mula berasap bermakna minyak adalah terlalu panas dan ayam akan jadi cepat hangit tapi tak masak didalam)
3. Tutup tangan anda dengan lengan panjang atau kain untuk melindungi dari percikkan minyak panas atau gunakan spatula atau penyepit yang panjang.
4. Untuk pastikan ayam anda masak sepenuhnya tanpa termometer memasak, pilih bahagian paling tebal ayam dan potong. Daging yang masak akan berwarna putih dan pejal dengan jus ayam yang tidak berwarna. Jangan hidangkan ayam yang kurang masak!

BON APPETIT!!

2 comments:

  1. great..dah bole masak kat umah..hahha

    ReplyDelete
  2. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Public Garden

Agent Topup DIPERLUKAN

Untung sen²... Boleh buat di mana saja.. Buat bila ada modal, bila rajin.. Tak perlu cari orang.. Daftar sekali, keahlian seumur hidup.. Rew...

My Instagram