Tips.Recipe.Review.Business.Short Story

NASI TOMATO, LAUK ANEKA RASA

Entry kali ni nak kongsi resepi nasi tomato dan pelbagai jenis lauk. Tuan puan boleh pilih nak masak mana satu, boleh masak untuk hari raya nanti, kembang semangkuk semua tetamu dengan juadah kita...

Bismillahiramanirahim..
Mula-mula kena la masak nasi dulu, kang lauk dah siap nasi masih berenang2 jadi beras, dah pukul 8. Sembahyang raya dah entah kemana, T_T

**NASI TOMATO**

BAHAN-BAHAN
 5 pot rice cooker Beras Basmathi
7 pot rice cooker Air Rebusan Ayam
1 biji bawang besar ~~dihiris
5 ulas bawang merah~~dihiris
3 ulas bawang putih~~dihiris
1 inci halia~~dimayang halus
2 batang serai~~diketuk
2 helai daun pandan~~disimpul
Sedikit daun pudina~~kalau takde, takpe
Sedikit daun ketumbar atau daun sup~~pilih mana suka
100ml tomato puree~~saya guna kimball
200gm susu ideal
Garam lebih kurang 2 sudu kecil atau secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis + 2 sudu besar minyak sapi~~yang tak suka minyak sapi tak payah letak
Sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang

Rendam sebentar beras basmathi dengam sedikit garam dalam 10 minit, bilas dan toskan. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan hiris, halia, serai dan daun pandan. Kalau suka boleh tumis bersama kulit kayu manis dan bunga lawang. Setelah bahan tumisan sudah berwarna keperangan, masukkan pula tomato puree dan goreng sebentar lagi. Kemudian masukkan air rebusan ayam, diikuti dengan susu ideal. Kacau rata dan masukkan pula beras. Masukkan juga daun pudina dan tutup periuk. Kemudian biarkan saja ia masak dalam rice cooker. Sesekali dikacau perlahan agar masak sekata. Jangan terlalu kerap mengacau nanti nasi tu hancur dan tak cantik jadinya.

NOTE : Kuantiti Air Rebusan Ayam tu bergantung juga pada jenis beras yea. Saya guna Beras Basmathi superlong Jasmine.


**KURMA TULANG TUMIS DARAT**

BAHAN-BAHAN
1kg Tulang Rusuk Lembu
3 sudu besar Rempah Kurma
1 biji Bawang Besar*
5 ulas Bawang Merah*
2 ulas Bawang Putih*
1 inci Halia*
1 sudu besar lada hitam~~ditumbuk kasar
100gm Buah badam/Almond~~dikisar halus
100gm Buah Gajus~~dikisar halus
200gm susu Ideal
1-2 sudu besar Jus Limau Nipis atau Lemon
5-7 biji kentang~~saiz kecil
3 biji Bawang Besar
2 batang carrot~~dipotong kasar
5 biji Cili Hijau~~dibelah 2
Beberapa biji cilipadi~~jika suka pedas
3 biji tomato
Air secukupnya

Tumbuk semua bahan yang bertanda (*). Rebus tulang daging bersama rempah kurma dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Sambil menunggu goreng bulat-bulat ubi kentang (tak payah potong) dan bawang besar dengan api kecil supaya empuk dan masak sepenuhnya, lepas tu ketepikan. Bila daging separuh empuk, masukkan badam dan gajus yang dikisar halus tadi. Teruskan memasak daging hingga betul-betul empuk dan badam dengan gajus tu akan kembang, mesra dan memekatkan kuah. Kecilkan sedikit api dan masukkan carrot dan susu ideal, biarkan masak seketika. Kemudian masukkan cilipadi dan cili hijau. Air jangan banyak sangat, nanti kuah cair (kurengg ummmph nanti). Bila dah memdidih dan masak masukkan jus limau atau lemon tadi. Akhir sekali masukkan ubi kentang dan bawang besar yang digoreng tadi dan juga tomato. Kecilkan api atau boleh juga dimatikan sementara kita buat bahan tumis darat.

UNTUK TUMIS DARAT
6-9 ulas Bawang Merah~~dihiris nipis
2 ulas Bawang Putih~~dihiris halus
Sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang~~kalau suka
Sedikit daun kari
Setengah cawan minyak jagung + 1 sudu minyak sapi

Goreng bawang merah dan putih yang dihiris tadi hingga berwarna keperangan bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari. Kemudian tuang bawang dan semua yang digoreng tadi dengan minyak tu sekali ke dalam periuk kuah kurma tadi dan tutup supaya bau dia tak keluar. Tadaaa! Siaplah sudah Kurma Daging tu, resepi turun temurun ni, nak rasa keenakannya kenalah cuba.


**AYAM MASAK MADU KURMA**

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
15 biji buah kurma
1 biji bawang besar~~dipotong membulat
2 batang serai~~diketuk
3 sudu besar cili kering yang dikisar
6 sudu besar sos tomato~~boleh tambah
2 sudu besar madu~~boleh tambah
Air secukupnya
Daun sup/bawang yang diracik halus

BAHAN-BAHAN DIKISAR
5 biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih yang besar
1 1/2 inci halia
*Boleh ditambah lagi bahan-bahan mengikut citarasa sendiri

CARA MEMASAK
Semua bahan-bahan dikisar perlu dipotong kecil-kecil. Buah kurma dibuang biji dan dibelah 2. Potong bawang besar nipis-nipis. Ayam pula dibersihkan kemudian dipotong menjadi 12 bahagian kecil dan digaul dengan garam serta kunyit. Panaskan 2 cawan minyak dan goreng ayam sehingga masak dan agak garing. Selepas itu panaskan minyak dan masukkan bahan kisar, cili kisar, bawang besar serta serai. kacau semua bahan dan biarkan sampai sambal masak kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan kacau lagi. Masukkan buah kurma, air secukupnya, buah tomato dan madu secukupnya. Kacau semua bahan sehingga kuah menjadi mendidih dan buah kurma menjadi agak lembik. Masukkan semua ayam goreng serta garam secukupnya, rasa kuah jika kurang manis boleh ia ditambah sedikit gula. Gaulkan semua bahan-bahan dan taburkan daun sup/bawang yang telah diracik tadi. Terus kacau dan boleh la dimatikan api dapur.

SIAP! UNTUK DIHIDANG..SELAMAT MENCUBA

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete

Public Garden

Agent Topup DIPERLUKAN

Untung sen²... Boleh buat di mana saja.. Buat bila ada modal, bila rajin.. Tak perlu cari orang.. Daftar sekali, keahlian seumur hidup.. Rew...

My Instagram