Tips.Recipe.Review.Business.Short Story

August 13, 2017

KASIH SEORANG IBU...

by , in
Assalamualaikum..
Entry kali ni Azy nak up cerpen berkisahkan seorang ibu terpaksa berpisah dengan anaknya, full part okey. Jangan Copy yer, siapa copy Azy bagi Teh tarik potong kaki. (Azy kenapa cerita clichy sangat) come on guys, baca dulu okey..Tak puas hati sila sila la komen..kih kih kih

JOM LAYAN...Zasssss


DIA PENAWAR HATI, Part 1

Nazirah kusyuk menanda satu-persatu buku pelajarnya. Dia tersenyum sendiri. Macam-macam jawapan budak-budak ni tulis. Tapi tak apalah, yang penting anak-anak muridnya berusaha.

"Assalammualaikum Ustazah."
Nazirah berkalih memandang pelajarnya yang tercegat sambil tersenyum.

"Waalaikumsalam ya Amani. Sila masuk. Ke tak nak masuk ni?" Tanya Nazirah sambil membalas senyuman Amani.
Amani tersengih-sengih malu dan terus masuk ke dalam bilik guru. Dia meletakkan buku-buku di atas meja.
Nazirah cekap mengira buku-buku yang ada. semua pelajarnya ada 15 orang. Tapi, buku yang ada cuma 14 buah sahaja. Nazirah tarik nafas dalam-dalam. Hmm..dia buat lagi. Keluh hatinya resah.

"Zinirah tak hantar buku ke?" Tanya Nazirah perlahan. Padahal dia sudah tahu jawapannya.

"Ya, ustazah. Saya tengok, si Zie tu asyik tak fokus aje apa yang ustazah ajar. Kenapa ya? dia nampak macam tak suka betul dengan ustazah."
Sakitnya bila mendengar pengakuan sebegitu dari sahabat Zinirah sendiri. Hina sangatkah dia dimata Zinirah?

"Hmm. Tak apalah Amani, Amani balik kelas dulu ya? nanti waktu balik sekolah Amani boleh tolong suruh Zinirah jumpa ustazah?"

"Insya-Allah, Ustazah. Tapi, saya tak tahulah si Zie tu nak jumpa ustazah ke tak. Tapi, tak apa. Saya boleh cuba pujuk dia."
Lega Nazirah mendengar jawapan Amani. Nazirah tahu, Amani boleh diharap.

"Terima kasih, Amani." Nazirah memegang tangan Amani erat-erat.
Amani memandang dalam-dalam wajah ustazahnya. Kasihan ustazah. Amani senyum sekilas.

"Saya balik kelas dulu ya?"
Nazirah sekadar mengangguk. Setelah Amani hilang dari pandangan, Nazirah menundukkan kepalanya. Tangisannya berlagu lagi. Kali ini masih sama, tiada siapa yang tahu betapa sakitnya dia.
'Kenapa mama buat Naz macam ni, ma? apa salah Naz dekat keluarga mama.."    


DIA PENAWAR HATI, Part 2.

"Woi, Zie." Sergahan Amani membuatkan Zinirah terjatuh dari kerusi.
Bersungguh-sungguh Amani mentertawakan sahabat baiknya yang seorang ini.

"Weh, kau agaknya nak aku mati ya, Amani? tak sayang akulah tu kan?" Rajuk Zinirah sambil perlahan-lahan bangun. Dia mengibas-ngibas bajunya yang terkena kotoran di lantai.

"Alaa, Zie. Kau ni, kata brutal sangat. Aku baru usik sikit dah merajuk. Relaxlah babe." Amani menarik kerusi dan terus duduk. Dia memandang Zinirah yang membuat perkara yang sama.

"Zie," Panggil Amani setelah kelihatan Zinirah selesa di tempat duduknya.

"Emmmmm."

"Aku tahu kau buat kerja rumah yang ustazah Nazirah bagi tu, kan? kenapa kau tak hantar dekat dia? aku kesian betul dengan dia, Zie. Dah tiga tahun dia sabar dengan kau. Tiga tahun dia cuba ikut kau, lembutkan hati kau. Kau tak rasa kesian ke dekat dia, Zie?"
Zinirah menegakkan posisi tubuhnya. Wajah ustazah Nazirah jelas dimatanya.

"Aku tak suruh dia ikut aku, pujuk aku. Aku tak suruh dan tak ingin dia buat macam tu. Dia yang nak buat. So, lantak dialah. Penat dia, berhentilah dia." Jawab Zinirah tidak berperasaan.

"Zie, tergamaknya kau buat macam tu, Zie? dia ibu kandung kau. Dia yang melahirkan kau." Pujuk Amani lagi. Kerap kali Amani memujuk Zinirah. Tapi, hati Zinirah tidak juga lembut-lembut. Entahlah macam mana lagi Amani hendak pujuk sahabatnya ini.

"So?" Itu yang Zinirah tanya.

"So? kau boleh tanya so? so kau buatlah sesuatu. Maafkan dia. Susah ke cik Zinirah binti Zafran?" Tanya Amani geram.

"Maafkan dia? Senang-senang kau nak aku maafkan dia Amani? Selama lima belas tahun, aku hidup tanpa dia. Dia buang aku macam sampah, Amani. Aku membesar dengan opah aku aje. Dia yang menyebabkan arwah ayah aku meninggal, dia curang, dia isteri derhaka, Amani."
Amani beristighfar di dalam hati.

"Zie, cuba kau dengar cakap aku ni. Kau tak nampak dia curang, kan? kau tak nampak apa yang jadi dulu, kan? sebab kau belum lahir pun. Jadi, kau tak boleh tuduh dia. Okey, kalaulah betul-betul dia bersalah, dia dah insaf, Zie. Kau, kita, tak ada hak nak tentukan dosa pahala dia. Derhaka ke tak dia pada suami dia, tu urusan dia dengan Allah, Zie. Kau cuma dengar sebelah pihak je. Cuba kau dengar cerita dia pulak, Zie. Aku tahu, jauh di sudut hati kau yang paling dalam, kau sayang dia, kan? kau rindu dia. Tapi, aduh, susah aku nak cakap. Cuba kau rendahkan sikit ego kau tu, Zie. bulan puasa ni, Zie."
Zinirah buat tak kisah dengan bebelan temannya.

"Suka hati kaulah zie. Just aku nak bagitahu yang dia nak jumpa kau lepas sekolah ni. hope kau pergilah jumpa dia." Setelah itu Amani tidak berkata-kata lagi. Guru sejarah sudah masuk. Amani menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap matapelajaran sejarah dan sekaligus berdoa agar  ." hati temannya lembut.                



DIA PENAWAR HATI, Part 3.

Sudah satu jam Nazirah menunggu di bilik guru. Bayang Zinirah pun dia tidak nampak. Keras betul hati anaknya ini. Dia mengemas meja yang berselerak.

"Tak balik lagi, Naz?" Tanya cikgu Amar yang hendak pulang.

"Belum lagi, Mar. Aku tunggu Zinirah kejap. Ada hal nak jumpa dia." Jawab Nazirah.
Amar hanya mengangguk-angguk dan terus keluar.

"Budak tu buat hal lagi ya, Naz?" Entah dari mana, Rohana datang dan duduk di sebelah Nazirah.

"Akak ni, terkejut saya, kak. Akak tak balik lagi ke?" Tanya Nazirah sambil sekali-sekala memandang ke luar.

"Belum. Akak ada nak ajar budak-budak ni sikit. Dah nak PMR kan semua. Budak-budak ni asyik main je. Ni, soalan akak Naz tak jawab lagi kan? budak tu buat hal lagi ya?" Lembut Rohana mengajukan soalan.

"Biasalah kak. Budak-budak. Dia protes dekat saya tu.. Entahlah kak. Salah saya agaknya." Jawab Nazirah lemah.
"Naz," Rohana memandang kiri kanan. Setelah dia yakin tiada siapa di dalam bilik guru ini, dia lantas menyambung kata-katanya.

"Naz jangan putuss-asa, jangan putus-putus berdoa, dik. Akak tahu Naz kuat. Lagi pun, Naz tak salah kan?" Nazirah tunduk. Rohana memeluknya erat.
Rohana ini kawan merangkap kakak angkat Nazirah. Sewaktu Nazirah dihalau, Rohanalah yang banyak membantu.

"Entah, kak. Niat saya nak buat surprise untuk dia, kak..niat saya untuk tu. Tapi, Dia tak percayakan saya. Dia percayakan ibu mertua saya tu. Tapi, saya tak salahkan dia. Saya sedar, kak. Saya orang luar. Isteri dengan ibu, mesti dia percayakan ibu kan? Entah apalah ibu mertua saya tu cakap pada anak saya sampai dia benci saya macam ni sekali, kak." Nazirah kesal dengan apa yang terjadi. Kalaulah dia kuat membawa Zinirah bersama, pasti hubungan dia dan Zinirah tidak jadi begini.

"Tak apalah Naz, kita sama-sama doa mudah-mudahan Allah lembutkan hati dia. Bulan puasa ni, pasti Allah makbulkan doa kita." Ulas Rohana memberikan secebis kekuatan untuk adiknya.

"Dahlah, Naz balik ajelah. Dia tak datang dah ni. Balik ya? petang ni datang rumah. Buka dengan kami."

"Eh, tak apalah, kak. Akak dengan abang banyak dah tolong saya. Segan saya." Tolak Nazirah. Sudah kerap sangat Rohana sekeluarga membantu dia. Entah macam manalah dia ingin membalas semuanya.

"Ala, dik. Harini hari Naz. esok-esok mana tahu, kan? hari akak pulak. Time tu, Naz pulak tolong akak. Dah, jangan duduk sini lama-lama. Balik aje."
Berat hati Nazirah hendak pulang. Dia masih mengharapkan Zinirah datang. Tapi,

"Dia tak datang, Naz. balik aje, ya?"
 Nazirah angguk. Dia bangun. Perlahan-lahan dia keluar dari bilik guru. langkahnya perlahan menuju ke tempat keretanya diparking. Tapi, tiba-tiba langkahnya terhenti. Kelihatan Zinirah berada di hadapannya.

"Zinirah.." Serunya perlahan.

"Ustazah nak cakap apa dengan saya? saya ada hal." Nazirah ingin menyentuh Zinirah. Tapi, cepat-cepat Zinirah menolak.

"Apa ni? nak cakap, cakap ajelah." Rengusnya tak puas hati..
"Zinirah, kenapa Zinirah tak jumpa ustazah kat bilik guru? ustazah tunggu Zinirah." Tanya Nazirah lembut.

"Suka hati sayalah. Kan sekarang ni dah terserempak kan? ustazah cakap ajelah apa yang ustazah nak cakap." Jawab Zinirah kasar.

"Jom, ustazah hantar balik, ya?" Nazirah cuba lagi mendekatkan dirinya pada Zinirah.

"Saya tak nak, ustazah faham, tak?" Tengking Zinirah.
Sebenarnya, Zinirah buntu. Pada siapa yang harus dia percaya? pada opah yang telah membesarkan dia atau, pada ibu yang dia rindui? dia buntu. Arghhh, kalau boleh dia hendak larikan diri dari semua ini. Dia memang ada di hadapan pintu bilik guru tadi. Cuma cikgu Rohana dan ustazah Nazirah tak nampak dia sahaja.

"Zinirah..memang benci saya ya?" Kata ganti nama ustazah sudah tidak digunakan lagi. Itu tandanya, Nazirah benar-benar terasa dengan Zinirah. Bukan dia tidak mahu bahasakan dirinya ummi pada gadis ini, tapi, Zinirah yang tidak mahu. Dia pun malas hendak memaksa.
Zinirah membisu.
Nazirah sedut udara dalam-dalam. Dia sudah membuat satu keputusan.

"Baiklah, Zinirah. Saya tak ganggu Zinirah lagi. Cuma, saya nak Zinirah tahu, saya terlalu sayangkan Zinirah. Zinirah, Zinirah boleh anggap saya macam ustazah Zinirah, kan? PMR dah nak dekat. Jangan sia-siakan harapan saya dan opah Zinirah ya? saya balik dulu. Assalammualaikum." setelah Nazirah selesai berkata-kata, dia menghidupkan enjin keretanya dan meluncur laju.
Zinirah terduduk. Hatinya menangis hiba. Dia tahu Nazirah kecewa. Dia tahu, Nazirah tak akan ganggu dia lagi.

"Aku dah cakap, jangan sampai kau menyesal nanti, Zie." Amani muncul dan memapah Zinirah bangun. Memang Zinirah menyuruh Amani menemaninya. Amani terpaksa sembunyikan dirinya. Iyalah, ustazah Nazirah nak jumpa Zinirah seorang je. Tak kan dia nak menyibuk, kan.

"Jom, kita balik."
Zinirah mengikut lemah langkah Amani.



DIA PENAWAR HATI, Part 4.

Pagi yang berikutnya, seselamba mungkin, Nazirah masuk ke dalam kelas. Wajah seorang demi seorang Nazirah pandang. Lama Nazirah memandang wajah Zinirah.

"Okey, kelas. Hari ni, ustazah tak nak mengajar. Boleh?"
Terkejut semua mendengar kata-kata Nazirah itu. Nazirah sekadar tersenyum.

"Ustazah tak nak mengajar? kenapa? dah tu kami boleh buat kerja sendirilah ya?" Tanya Akil sambil membuat muka teruja.

"Tak boleh."

"Alaaa." Hampir semua tayang muka frust. Tergelak juga Nazirah melihat gelagat anak-anak muridnya.

"Ustazah tak nak mengajar sebab, hari ni, ustazah nak bercerita. Boleh? lagipun, hari ni last sekolah, kan? lagi empat hari lagi kita bakal menyambut AidilFitri."
Masing-masing bersorak riang. Mereka memang suka mendengar cerita.

"Ustazah nak cerita pasal apa? pasal hantu ke, ustazah?" Amira pula bertanya.
Nazirah menulis sesuatu di atas sekeping kertas. Kemudian, kertas tadi dia angkat tinggi-tinggi.

"Zinirah? ustazah panggil Zinirah ke?" Tanya Amani.

"Tak. tapi, Ustazah nak bercerita tentang Zinirah. Zinirah, seorang manusia yang kuat, tabah. Dia, wanita buta yang celik hatinya."
Masing-masing fokus menghadap Nazirah "Zinirah..indah namanya kan? seindah orangnya jugak. Zinirah ni tak terkenal sebab dia kaya, dia cantik. Dia tak ada ijazah. Tapi, Allah memuliakan dia, dan memberi penghormatan yang sangat tinggi dekat Zinirah ni.
Zinirah ni adalah diantara orang yang awal memeluk islam. Zaman tu dulu, penuh dengan cubaan. Siapa yang memeluk islam, tak ada siapa pun yang bebas dari pelbagai penderitaan. Boleh Siapa-siapa bagitahu ustazah, zaman rasulullah.SAW, siapa yang disiksa?"

"Sumaiyyah." Nabil pantas menjawab.

"Alhamdulillah, pandai Nabil. Lagi? ada lagi? Yang perempuan, ada tak yang nak jawab?

"Billal bin Rabbah.." Zinirah menjawab perlahan.
Nazirah tersenyum bahagia. Buat pertama kali, Zinirah menjawab pertanyaannya.

"Alhamdulillah, Zinirah. Pandai dia. Jadi Zinirah pun macam tu jugak. Wanita berbangsa rom ni, telah ditawan, kemudian dia dijualkan ke kota Mekah. Lepas tu, Umar membeli Zinirah dengan harga murah.
Mula-mula, Zinirah ni berjaya sembunyikan keislaman dia. Dia, kalau nak beribadat, nak solat, mengaji semua, dia akan solat bila orang tak ada kat rumah, tak pun, dia solat bila semua orang tidur je. Tapi, lama-lama, umar tahu jugak yang Zinirah ni, masuk islam. Jadi, umar pun marahlah. Umar tendang Zinirah, tampar Zinirah, ikat kedua-dua belah tangan dan dijemur Zinirah dekat tengah panas. Bayangkan, padang pasir tu panas macam mana? Siksa kan? panas kan? kita ni pun, kalau dijemur tengah-tengah panas, perit jugak kan? Zinirah lebih-lebih lagi. Tapi, Zinirah ni hebat. Dia boleh senyum dan dalam hati, Zinirah tetap sebut, Allah, Allah, Allah. Zinirah berkata, 'Ini untukmu wahai tuhan, Aku membeli kesusahan ini untuk mendapat kesenangan diakhirat. Akhir sekali, Mata Zinirah dicucuk dengan besi tajam. Dia buta. Tapi, hatinya tetap berbisik, 'Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agamamu ini tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagunganmu, tuhan. Panahan  cinta darimu itulah makin menguatkan diri ini untuk menerima apa sahaja. Cuma satu saja permintaanku, kau berilah pertunjuk kepada orang yang menyiksaku.' Dengan doa Zinirah, Umar masuk islam. Dan Saidina Abu bakar membeli Zinirah dengan harga yang mahal. Berakhirlah penderitaan Zinirah. Tak lama lepas tu, Allah menghadiahkan mata yang lebih baik dari mata yang sebelum ni. Zinirah boleh melihat lagi terang dari sebelum ni.
Ingat, anak-anak ustazah, apa aje ujian, jangan sedih, jangan pasrah, kuat, tabah. Ujian tu tak selamanya milik kita. Dan," Nazirah berhenti seketika. Dia memandang wajah Zinirah yang turut memandangnya.

"Kerana itu, ibu Zinirah, letak nama Zinirah. Ustazah harap, Zinirah kuat seperti perjuang islam ni, ya?" Lembut kata-kata itu menusuk di jiwa pelajar-pelajar yang mendengar.

"Ustazah, saya nak tanya, kalau kita tak kuat macam mana?" Tanya Nabil.

"Doa, sayang. Allah maha mengasihani. Doa, agar ujian kita diringankan. Allah tolong kita. Bersangka baiklah dengan Allah. Okey, masa ustazah dah habis ni. Jadi, ustazah nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Maafkan ustazah kalau ustazah ada sakitkan hati semua ya? ni, ada.." Nazirah diam sebentar. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.

"Ada duit raya sikit untuk semua."
Apa lagi, berpusu-pusu semua mendapatkan Nazirah. Nazirah sedikit pun tidak rasa hendak marah. Sekali-sekala kelas dia ini bising sikit, apa salahnya kan? Setelah itu, semua kembali ke tempat duduk. Zinirah tidak langsung bersalaman dengan Nazirah seperti pelajar perempuan yang lain.
Nazirah bangun. Perlahan-lahan dia mendekati Zinirah.

"Ni, untuk Zinirah. Ambil, ya? tu je saya mintak." Bisiknya sekaligus meletakkan sampul di atas telapak tangan Zinirah. Setelah selesai semuanya, Nazirah keluar selepas mengucapkan terima kasih.



DIA PENAWAR HATI, Part 5.

Zinirah masuk ke dalam kelas setelah kelasnya kosong. Yang lain, masa rehat ni, lepak dengan kawan-kawanlah. Malas dia hendak turut serta. Bukannya boleh makan pun. Zinirah terpandang sampul yang Nazirah berikan padanya tadi. Perlahan-lahan dia membuka sampul tersebut. Wang di dalam dia ambil. RM 100. Terdapat juga sepucuk surat di dalamnya. Patutlah sampul besar sangat. Kata hatinya. Dia mula membaca surat tersebut.

'Assalammualaikum, Zinirah. Ummi tahu, Zinirah tak suka ummi bahasakan diri ummi ni ummi kan? ummi tahu, Zinirah malu kut, dapat ummi macam ummi. Tapi, biarlah, ummi bahasakan dalam surat ni aje. Jangan marah ummi ya? Zinirah, sedikit pun, ummi tak pernah terlintas langsung nak tinggal Zinirah. Tak pernah. dan, ummi tak curang dengan ayah, Zinirah. Ummi tak tahu, siapa yang buat cerita yang ummi curang. Waktu ummi mengandungkan Zinirah, ummi upah seorang pelukis ni, ummi nak hadiahkan potret untuk ayah. Tapi, itulah. ada yang fitnah ummi ada hubungan dengan pelukis tu. Lepas ummi lahirkan Zinirah, opah mintak ummi tinggalkan ayah dan zinirah. Tapi, ummi tak nak. Akhirnya, opah fitnah ummi. Opah bagi gambar ummi dengan pelukis tu sedang..Allah. Ummi tak buat, Zinirah. tolonglah percaya ummi, sayang. Ayah kena serangan jantung. Lepas aje opah bagi gambar tu. Ayah meninggal masa tu jugak. Dan masa tu jugaklah opah halau ummi. Zinirah, ummi tak ganggu Zinirah dah. Ummi penat..Zinirah. Penat sangat. Tapi jangan risau, doa ummi sentiasa mengiringi perjalanan Zinirah. Zinirah belajar rajin-rajin, ya? tunaikan cita-cita Zinirah. Ummi tahu, anak ummi ni pandai. Ummi sayang anak ummi.
Ikhlas, Nazirah.'

Airmatanya Zinirah sapu perlahan. Dia bangun dari kerusi yang didudukinya. Langkahnya dia percepatkan. Dia harus bertindak.



DIA PENAWAR HATI, Part 6.

Rohana membuka tudung Nazirah. Tadi, entah mengapa, Nazirah pitam di hadapan bilik guru. Nasib baiklah Rohana sempat menyambutnya.

"Naz, buka jelah puasa. Muka Naz ni pucat sangat ni." Saran Rohana risau.

"Tak apalah, kak. kejap-kejap lagi okeylah ni. Saya pening sikit je tadi." Jawab Nazirah perlahan.

"Assalammualaikum cikgu." Rohana mengalihkan pandangannya ke arah tuan punya suara. Rohana senyum segaris.

"Eh, Zie. Ada apa, Zie?" Rohana berjalan menghampiri Zinirah.

"Err..saya..saya..nak jumpa ustazah, cikgu." Beritahu Zinirah teragak-agak.

"Oh, ustazah. Ada ni. Tengah rehat. Zie masuk dululah ya? cikgu nak beli air kat dia ni. Semua guru-guru dengan pelajar dah pergi dewan. Cikgu nak bagitahu pengetua yang ustazah Nazirah sakit." Jawab Rohana panjang lebar dan berlalu dari situ.
Zinirah mengorak langkah masuk. Dia pandang wajah Nazirah yang sedang memejamkan matanya.

"Ustazah," Seru Zinirah senada.

"Hmm?" Jawab Nazirah lemah.

"Ni..kerja rumah saya. Dari awal tahun sampai sekarang. Ustazah boleh tolong tandakan?" Pinta Zinirah.
Nazirah buka mata dan tersenyum kecil.

"Zinirah letak atas meja tu, boleh? nanti, bila saya sihat sikit, saya check buku Zinirah, boleh?"
Zinirah mengangguk. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah Nazirah yang terbaring.

"Zinirah tak pergi dewan? majlis bersalam-salaman dengan para guru dah nak mula kan? pergilah. Nanti kena denda pulak."

"Tak apa. saya bagitahu mak saya sakit." Jawab Zinirah.

"Jangan macam tu, Zinirah. Saya tak apa-apa." Pujuk Nazirah lembut.

"Zie nak teman um..mi. Boleh?" Airmata Zinirah gugur jua. Sudah lama dia teringin hendak memanggil Nazirah dengan panggilan ummi. Dia akui, tiap kali Nazirah datang memujuknya, hati dia sudah pun lembut. Tapi, dia ego. Hatinya waswas. Dia lebih percayakan opahnya. Tapi, kali ini, dia yakin, umminya tidak salah sama sekali.

"Zinirah.." Nazirah bangun dari pembaringan. Tubuh Zinirah Nazirah dakap erat.

"Jangan nangis, Zinirah. Ummi tak suka."

"Zie rindu sangat dekat ummi. Terima kasih sebab sanggup pujuk Zie sampai macam ni sekali. Zie ni teruk kan, mi? Zie..buat ummi. Zie.."

"Tak ada siapa buat siapa, Zinirah,. Zinirah jangan cakap macam tu, okey?" Nazirah usap wajah Zinirah. Spontan Zinirah tersenyum.
"Kenapa anak ummi senyum?" Tanya Nazirah.

"Teringat apa yang ummi dah buat dekat Zie. Macam-macam ummi buat untuk ambil hati Zie, kan? tapi Zie sikit pun tak kisah. Nekad sungguh ummi kan? tak kenal erti putus asa." Ulas Zinirah.

"Iyalah. Dah anak. Buat penat je selama ni ummi cari Zinirah. So, dah jumpa, kenalah pujuk sampai dapat. Zinirah nak tahu? anak ummi ni cantik bila senyum. Senyum selalu ya, Zinirah?"
Berbunga-bunga hati Zinirah bila dipuji sebegitu rupa.

"Ummi nak tahu tak, kenapa Zie tak suka ummi dulu? nak tahu kenapa Zie nak jauhkan diri dari ummi?" Tanya Zinirah dan membaringkan Nazirah kembali di atas katil.

"Kenapa?" Tanya Nazirah. Teringin juga dia hendak tahu punca Zinirah membencinya.

"Opah bagitahu yang ummi bunuh arwah ayah. Ummi curang sampai arwah ayah meninggal. Zie pening, tak tahu nak percaya yang mana satu. Nak percaya ummi, kita baru kenal. Kalau nak percayakan opah, entah. hati Zie rasa waswas. Bila ummi bagi surat tu pada Zie, Zie baca. Kemudian, baru Zie ingat. Opah macam tak suka dekat ummi. Sebab dulu masa kecil, Zie pernah lukis gambar kita. Zie tunjuk kat opah. Ni gambar ummi, gambar ayah, gambar Zie. Tiba-tiba, opah koyak lukisan Zie. Opah cakap, gambar perempuan ni, jangan lukis. Perempuan ni jahat, dia tinggal Zie. Lepas tu, opah lukis baru. Ada ayah, ada opah, ada atuk, dan Zie."
Nazirah dah agak, ibu mertuanya memang membencinya. Dari dulu lagi, memang bermasalah.

"Maafkan Zie, ummi..maafkan Zie." Zinirah mencium kedua-dua pipi Nazirah.

"Zie sayang sangat kat ummi." Tangis Zinirah perlahan bercampur kesal.

"Zinirah, ummi tak salahkan Zinirah. Zinirah jangan mintak maaf lagi. Boleh kan? kan, ummi cakap? Zinirah cantik bila senyum? senyum sikit, ummi nak tengok, boleh?"
Zinirah mengariskan senyuman yang paling manis, paling ikhlas untuk ummi tersayang.

"Ha, macam ni kan bagus? duduk sekali, berbincang sekali. Zie, ummi Zie rindu sangat kat Zie, tau?" Kata rohana yang tiba-tiba berada di hadapaan mereka.

"Kak Ana, tak reti bagi salam ke? suka buat majik-majik ni. Tak sukalah." Jawab Nazirah manja.
Rohana senyum. Sudah lama dia tidak lihat Nazirah yang ini. Mudah-mudahan Nazirah kekal sebegini.



DIA PENAWAR HATI, Part 7.

"Betul ke Naz tak nak akak hantarkan ni? muka Naz nampak pucatlah. Risau akak." Luah Rohana bimbang.
Nazirah menghadiahkan seulas senyuman untuk kakak angkatnya.

"Akak jangan risau. Saya tak apa-apa. Saya okey. Lagi pun, kan ada penawar hati saya kat sebelah ni?" Jawab Nazirah sambil tersenyum.
Suka Rohana melihat Nazirah begini. Dia tak suka lihat Nazirah sedih. Dia tak suka lihat Nazirah sakit. Jika Nazirah Sakit, sedih, dia turut merasa.

"Cikgu jangan risaulah. Saya ikut ummi sampai rumah dia ni. nanti bila dah sampai, saya naik bas balik rumah. Jangan risau ya?" Pujuk Zinirah pula setelah melihat Rohana tidak juga memberi respond.

"Okey. Tapi dah sampai rumah, dua-dua ni cepat-cepat call akak, okey?"
Nazirah dan Zinirah angguk serentak. Mereka berdua berbisik sesama mereka dan,

"Bereh boh!" Kata mereka serentak.
Ketiga-tiga mereka ketawa bahagia. Rohana geleng berkali-kali. Macam-macam budak-budak ni. Anak dengan mak sama aje.
Nazirah dan Zinirah mula berangkat pulang. Dalam perjalanan, Zinirah tidak banyak berbual. Dia asyik memandang wajah Nazirah sahaja. Sehingga Nazirah jadi kekok hendak memandu.

"Zinirah sayang, kenapa Zinirah pandang ummi sampai macam tu sekali?" Tanya Nazirah sambil mencuit sedikit hidung anak gadisnya.

"Zie baru perasan, ummi cantik sangat. Wajah ummi tenang sangat. Mi, ummi ingat ya? apa-apa yang jadi, Zie sayangkan ummi. Apa yang jadi, ummi kena kuat, ya? Zie sayang ummi. Zie rasa rugi pulak sebab ignore ummi dulu. Ampunkan salah silap Zie ya, mi? selamat hari raya."
Belum sempat Nazirah hendak berkata-kata,
Bum!
Kepala Zinirah terhantuk pada cermin kereta. berlakunya perlanggaran yang kuat. Nazirah tidak dapat berbuat apa-apa. Terasa dia tidak berdaya membuka mata lagi.



DIA PENAWAR HATI, Part 8.

Rohana baru selesai membaca yassin. Dia kesal dengan apa yang jadi. Jika dia tahu hendak jadi begini, dia akan lebih bertegas menghantarkan mereka pulang. Dia kerling di sebelah kirinya. Kelihatan wanita tua duduk dengan wajah tenang. umurnya sekitar 60 tahun, tapi raut wajahnya masih anggun.
Kelihatan doktor Wafa keluar menghampiri mereka.
"Doktor, macam mana keadaan cucu saya?" Tanya wanita anggun di sebelah Rohana. Rohana sekadar memerhati.

"Alhamdulillah, darah beku dan kaca kami berjaya keluarkan dari kepalanya. Tapi, dia belum sedar lagilah. Cuma," Doktor Wafa mendiamkan diri buat seketika.

"Cuma apa doktor? Rohana mencelah jua setelah kelihatan tiada tanda-tanda doktor Wafa hendak menyambung ayatnya yang tergantung. Rohana tidak putus-putus berdoa, agar tidak jadi sesuatu yang buruk pada anak adik angkatnya ini.

"Cuma, bila dia sedar nanti, separuh dari ingatan dia akan hilang. Tapi, tu cuma jangkaan awal saje. Apa-apa pun, kita tunggu dia sedar dulu." Jawab doktor Wafa yakin.

"Macam mana pulak dengan Nazirah, doktor?" Tanya Rohana.
Doktor Wafa senyum segaris.

"Alhamdulillah, nothing serius. Cuma ada luka-luka saja di bahagian muka, kepala dan beberapa anggota lain. Tapi, Zinirah teruk sikitlah. Saya rasa, Zinirah tak pakai tali pinggang keledar masa tu."
Rohana mengeluh lagi. wanita di sebelahnya mencebik menyampah.

"Baiklah, kalau tak ada apa-apa lagi, saya mintak diri dulu. Cik Nazirah kami dah pindahkan dia di wad biasa. Cuma Zinirah saja yang belum. Selama dua jam, kami akan pantau dia. Kalau semuanya stabil, kami akan pindahkan dia ke wad biasa."

"Err..doktor, boleh tak Nazirah dan Zinirah ditempatkan dalam satu wad?"
Belum sempat doktor Wafa hendak berkata-kata, wanita di sebelah Rohana tadi segera menyampuk dengan lantang.

"Tak payah! nanti tah apa-apa lagi yang jadi kat cucu aku tu." Dengan wajah bengis, dia menentang wajah Rohana.

"Tapi puan, dia ibu Zinirah. Saya rasa.."

"Kau tak payah nak rasa apa-apa. Kau tu orang luar, tak tahu apa-apa." Jawab wanita itu terus berlalu.

"Puan, I think, benda ni kita tak boleh paksa dia. Saya kenal puan Zalia tu. Bila dia tak suka, dia tak kan suka." Jawab doktor Wafa tenang.
"Doktor kenal dia?" Tanya Rohana kaget.

"Puan, saya ni anak saudara puan Zalia tu. Saya kenal Nazirah, suami dia dan Zinirah, anak dia. Tapi puan Zalia tu tak sukakan saya sebab dulu saya tolak untuk jadi menantu dia. Sampai sekarang, dia bermusuh dengan saya. Oh, saya kena gerak dulu. Tugas saya dah habis. Nak pergi makan kejap."

"Okey, doktor. Thanks. Saya rohana. Doktor boleh panggil Ana aje."

"Okey, Ana, thanks back."
Rohana rasa lega sedikit. Sekurang-kurangnya Nazirah dan Zinirah ada doktor Wafa untuk beri kekuatan pada mereka berdua.



DIA PENAWAR HATI, Part 9.

Nazirah membuka matanya perlahan. Dia memandang sekelilingnya penuh hairan. Dia baru teringat yang dia dan anaknya baru mengalami kemalangan. Dia cemas tiba-tiba. Zinirah, bagaimana dengan anak kandungnya?

"Eh, Naz, Naz dah sedar, dik? nah, minum air ni dulu, okey?" Rohana membantu Nazirah untuk minum.

"Zinirah mana, kak? dia okey ke? saya nak tengok dia, kak." Rohana diam tiba-tiba, bagaimana hendak dia khabarkan pada wanita ini yang ibu mertuanya tidak membenarkan dia bertemu dengan Zinirah? Ya Allah.

"Kak, kak dengar tak apa yang saya cakap ni, kak? anak saya, Zinirah mana? dia okey kan, kak? saya nak jumpa anak saya."
Rohana memeluk adik angkatnya erat. Dia cuba menyalurkan kekuatan pada adik angkatnya ini.

"Zie ada, dik. Zie ada. Dia okey aje. Nanti, bila Naz sihat, kita pergi jumpa dia, okey? sekarang ni, Naz tidur dulu, ya?" Pujuk Rohana perlahan. Dia sedaya-upaya hendak membuatkan Nazirah tenang.

"Saya rindukan Zie, kak. Rindu sangat." Rintih Nazirah perlahan. Lima minit kemudian, Nazirah hanyut bersama mimpi indah. Rohana menyapu sisa-sisa airmata yang bertakung di kelopak mata. Dia harus buat sesuatu. Tapi Apa?

******************************************************************************
Pagi itu, Doktor Wafa datang hendak memeriksa si pesakit.

"Ana, macam mana dengan Nazirah hari ni? dia ada bagitahu sakit mana-mana tak?" Tanya Doktor wafa sambil asyik meneliti raut wajah isteri sepupunya ini. Wajah Nazirah memang lembut sungguh. Patutlah, Zafran tergila-gilakan wanita ini.

"Dia tak cakap apa-apa pun. Tapi, Dia asyik sebut nama Zinirah aje. Kesian saya tengok dia." Jawab Rohana Sayu.
Wafa angguk-angguk mengerti.

"Zie pun belum sedar lagi ni. Saya rasa, Zie perlukan Nazirah jugak ni. Kita kena bawak Nazirah jumpa Zie jugak,. Pasal mak long, Ana jangan risau, tahulah saya nak buat macam mana. Kita cuba aje dulu." Ujar Wafa. Dia memang tidak setuju dengan tindakan mak longnya. Mengapa perlu dipisahkan mereka berdua ini? Kasihan Nazirah dan Zinirah.

"Terima kasih, Wafa, saya pun dah tak tahu nak buat apa lagi. Sedih sangat..saya tengok Naz ni. Nampak dari mata dia, dia rindu sangat kat anak dia tu."
Wafa angguk. Dia akan cuba satukan keluarga Zafran kembali..

'Zaf, Zaf jangan risau, akak akan satukan Nazirah dan Zinirah, Zaf.' Monolognya.



DIA PENAWAR HATI, Part 10.

Dengan usaha Wafa dan Rohana, Nazirah berjaya juga bertemu dengan Zinirah. Sungguh riang hati Nazirah. Allah aje yang tahu bertapa rindunya dia pada anaknya.
Apabila dia terpandang sahaja wajah Zinirah yang pucat, hatinya dilanda bimbang yang tak sudah. Allah, kerana dialah Zinirah jadi begini.

"Zinirah sayang. Ummi datang ni, sayang. Kenapa anak ummi jadi macam ni, sayang. Ummi rindu sangat kat anak ummi." Tangis Nazirah sayu. Luluh hatinya melihat wayar yang berselerakan pada anaknya. Allah, dia tidak sanggup, Allah.

"Zinirah, ummi sayang sangat dekat Zinirah. Zinirah.." Sekali lagi airmatanya jatuh. Perlahan-lahan Nazirah menyentuh jari-jemari Zinirah. Sungguh, kalau boleh, dia ingin menggantikan tempat Zinirah. Dia tidak rela Zinirah sakit sebegini. Tetapi, dia tahu, ini dugaan dari Allah. Dia redha. Ya, dia redha. Tapi, dia tidak kuat. Pada siapa dia hendak pinjamkan kekuatan?
Tiba-tiba, jari Zinirah bergerak-gerak. Seolah-olah membalas genggaman si ibu yang kesedihan.
Wafa dan Rohana yang melihat dari luar, pantas masuk mendapatkan Nazirah.

"Naz, Naz ikut Ana keluar dulu, ya? akak nak check Zie dulu. Nanti apa-apa, akak bagitahu Naz ya? Naz keluar dulu ya, sayang?" Wafa memeluk Nazirah seketika. Dia tahu, Nazirah memerlukan seseorang. Dan dia dan Rohana berjanji, mereka akan ada bersama-sama Nazirah sehingga akhir hayat mereka.
Rohana membawa Nazirah keluar. Dia mengusap-usap bahu adiknya. Biar tenang sedikit.

"Kak ana, kenapa lama sangat kat dalam tu? macam mana anak saya tu, kak? dia okey ke, kak? Saya takut hilang dia, kak..saya takut." Rintih Nazirah sambil memandang anak mata Rohana.

"Naz jangan risau ya sayang? Insya-Allah, Naz tak kan hilang dia." Kata rohana yakin.

"Ooo, patutlah..cucu aku sakit kat dalam tu. Rupa-rupanya ada perempuan malang kat sini ya? Eh, perempuan, kenapa kau muncul lagi dalam hidup aku dengan cucu aku tu? kalau kau tak muncul, semua ni tak kan jadi." Entah dari mana, Zalia datang dan terus menolak bahu Nazirah.

"Opah, apa ni tolak mak su macam tu?
 Seorang budak perempuan, mungkin sebaya Zinirah datang mendekati mereka.

"Kau jangan nak menyibuk. Ni bukan urusan kau!" Tempik Zalia bengang.
Budak perempuan tadi pun tak kuat hebatnya menempik kembali.

"Iya, ini bukan keluarga Feen, bukan urusan Feen. Tapi, Feen dengan Zie tu saudara, mama dengan pak su tu sepupu. Mama dah anggap mak su dengan pak su tu macam adik kandung mama dah. Jadi, Orang yang opah tolak ni, mak su Feen. Opah tak boleh buat mak su Feen macam ni. Tak ada siapa pun dalam dunia ni dilahirkan malang."

"Ahh! budak mentah.!" Belum sempat Zalia hendak menolak budak perempuan tadi, Wafa keluar mendapatkan mereka.

"Apa yang bising-bising ni? apa hal? Wafeen Insyirah, kenapa datang sini ni? and..mak long, kalau mak long datang nak melawat, Fa tak halang. Tapi kalau mak long datang, nak buat kecoh, Fa mintak maaf banyak-banyak. Baik mak long balik aje." Kata Wafa lembut tapi tegas.
Zalia mencebikkan bibirnya dan terus berlalu dari situ.

"Feen, kenapa datang sini? lagi satu, kenapa cakap opah macam tu? mama tak ajar Feen jadi kurang ajar tau. Walaupun dia tu salah, jahat, Feen tetap kena hormatkan dia." Tegur Wafa tegas.

"Sorry, ma. Feen cuma nak lawat Zie aje. Tiba-tiba Feen nampak opah tolak orang. Bila Feen tengok betul-betul, dia mak su. betul kan, ma? ni mak su, ibu Zie, isteri pak su Zafran kan?" Tanya Wafeen inginkan kepastian.

"Ya, betullah tu. Ana, Naz, ni anak tunggal akak, Wafeen Insyirah." Wafa memperkenalkan Wafeen kepada Rohana dan Nazirah.
Wafeen tertib menyalami kedua-dua insan ini. Apabila Wafeen menyalami Nazirah, Pantas Nazirah memeluk Wafeen erat.

"Terima kasih tolong ummi tadi, sayang." Wafeen kaku.

"Ummi?" Tanya Wafeen hairan.

"Iya. Kak Fa, boleh tak Naz nak jadikan anak akak ni anak kandung Naz, kak?" Tanya Nazirah.

"Ummi tak perlu tanya mama. Sebab mama dah pernah cakap dulu. Ni ummi Feen jugak. Jadi, ummi memang ummi Feen. Itu yang Feen terkejut tadi bila ummi bahasakan ummi ni ummi. Macam ummi tahu-tahu aje yang mama memang dah suruh Feen anggap ummi ni ummi Feen."
Wafa angguk mengiyakan kata-kata Wafeen.

"Fa, macam mana dengan Zie? dia okey ke?" Tanya Rohana tidak sabar.
Wafeen dan Nazirah menumpukan sepenuh perhatian kepada Wafa.

"Zie dah sedar. Dia stabil. tapi macam saya cakap sebelum ni, kemungkinan ingatan dia akan hilang separuh atau mungkin semua. Ikut pada pesakit tu sendirilah."
Nazirah tarik nafas dalam-dalam. Dia dapat rasakan, Zinirah akan lupakan dia..akan.



DIA PENAWAR HATI, Part 11.

Zinirah telah dipindahkan ke wad biasa setelah satu jam di bawah pemantauan doktor. Nazirah sekadar melihat Zinirah dari jauh. Takut-takut dia hendak mendekati Zinirah. Dia membiarkan yang lain mendekati Zinirah dahulu.

"Zie, Zie ingat cikgu tak?" Rohana mula bertanya.
Zinirah menggariskan senyuman manis.

"Cikgu Rohana kan? mestilah Zie ingat. Kak Feen pun ada sini, aunty Wafa pun ada sini. Wah, meriahnya hospital ni." Tawa Zinirah perlahan. Tak boleh kuat-kuat seperti selalu. Sebab kepalanya rasa sakit sangat. Zinirah seperti tercari-cari seseorang.

"Zie, Zie ingat ustazah Nazirah tak?" Tanya Rohana berhati-hati.
Zinirah diam. berkerut-kerut dahinya cuba mengingati sepotong nama yang disebut Rohana tadi.

"Zie tak ingatlah cikgu." Jawab Zinirah.
Nazirah sudah mengagak, anaknya memang tidak ingat akan dirinya. Allah, apa lagi dugaan untuknya? dia benar-benar tidak terdaya.
Perlahan-lahan, dia masuk juga ke dalam wad itu. Kalau ikutkan hatinya, tidak kuat rasanya dia hendak menjejakkan kaki ke dalam wad tersebut. Bayangkanlah, anak kandung sendiri tidak mengenalinya. Hati ibu mana yang tidak pilu? Tapi, dia tahu, ini bukan salah Zinirah. Dia masih ingat kata-kata Zinirah sebelum berlakunya kemalangan. Zinirah sayangkan dia. Iya, dia juga sayangkan anaknya ini.

"Kak ana, kak Fa, Naz balik wad dulu ya? jangan risau, Naz dah okey ni. Esok rasanya, Naz boleh keluar dah kut, kak Fa?" Tanya Nazirah. Raut wajahnya tidak seceria dahulu. Rohana diam-diam melepaskan keluhan berat. Apa lagi dugaan untukmu, dik?

"Insya-Allah, Naz, esok kita tengok macam mana."

"Okey kak. Kak ana, kalau kak ana nak balik lepas ni, boleh dah kut. Saya boleh jaga diri dah. Saya pergi dulu ya kak." Nazirah menyalami kedua-dua kakaknya ini. Mereka sangat baik padanya. Tiba-tiba, Nazirah merasa seperti ada orang menarik bajunya. Terkejut dia,. Iyalah, sedang khusyuk bersalaman dengan Wafa, tiba-tiba ada orang menarik-narik lengan bajunya. Matanya tertumpu ke sebelah kiri. Di katil anaknya. Rupa-rupanya, tangan Zinirah yang menarik lengan bajunya.

"Kenapa ummi nak balik dah? ummi tak tegur Zie pun. Ummi marahkan Zie ya?" Tanya Zinirah seperti hendak menangis.
Nazirah tidak menjawab apa-apa. Lantas tubuh anaknya Nazirah dakap erat.

"Sayang, ummi rindu sangat kat sayang ummi ni. Tak, tak, tak..sayang. Ummi tak pernah, dan tak akan marah sayang. Ummi ingat, Zinirah dah lupakan ummi." Tersedu-sedu dia melepaskan kesedihannya.
Zinirah senyum. Kasihan umminya. Dia yakin, umminya pasti tersiksa sangat.

"Zie mana boleh lupa ummi. Zie kan anak ummi?" Jawab Zinirah sambil memegang kedua-dua pipi Nazirah.

"Dah, Zie cakap tak kenal Ustazah Nazirah?" Sampuk Rohana pula.

"Iyalah. Memang Zie tak kenal pun. Siapa ustazah Nazirah tu?" Zinirah memang benar-benar bingung pun.

"Adik, ustazah Nazirah ni, ummilah. Dia mengajar kat sekolah adik dulu." Terang Wafeen.

"Eh, iya ke? Zie tak ingat pun? yang Zie tahu, ummi ni ibu kandung Zielah. tu je. Ooo, ummi ni ustazahlah ya? sorry mi, Zie tak ingat." Zinirah benar-benar kesal.

"Eh, jangan mintak maaf, sayang. Yang penting, Zinirah ingat ummi. cukuplah. Ni, minggu depan, Naz ingat, Naz nak buat kenduri sikit."

"Kenduri? ummi nak kahwin ya?" Cepat-cepat Wafeen menyampuk.

"Amboi, amboi, budak ni. Pandai-pandai aje dia kan?" Kata Nazirah sambil mencubit kedua-dua pipi Wafeen.

"Eh, haruslah bijak, mi. Kita dah form 4 tau." Tawa Wafeen di hujung ayatnya.

"Naz nak buat kenduri kesyukuran ya? nak kami tolong?" Tawar Wafa dengan rela hati.

"Ya, kak. Boleh jugak kalau tak susahkan akak dengan kak ana. Nanti, Naz bagitahu balik macam mana ya?" Jawab Nazirah senang hati. Alhamdulillah, Allah tidak mengujinya lagi kali ini. Sungguh, tak terdaya rasanya dia.

"Boleh tak, kalau ummi tidur sini?" Pinta Zinirah manja.

"Sudah tentu boleh, Zinirah. Ummi rindu sangat dekat Zinirah ummi ni. Zinirah jangan tinggal ummi lagi, sayang. Ummi tak sanggup lagi nak hilang Zinirah."

"Zie tahu. Ummi jangan risau, selagi belum ajal Zie, tak ada siapa yang boleh pisahkan kita. Termasuk opah. Nanti, Zie nak tinggal dengan ummi. Tentang opah, lama-lama nanti dia akan faham."
Nazirah mengangguk setuju. Biarlah Allah sahaja yang menyedarkan ibu mertuanya itu. Kerana, dia tidak sanggup dan tidak kuat lagi hendak berhadapan dengan ibu mertuanya itu.
Entah ke berapa kali, Nazirah merangkul erat. Zinirah senyum. Bahagia dalam dakapan ummi tersayang.
Wafa, Wafeen dan Rohana memberi laluan kepada dua beranak ini melepaskan rindu mereka. Basah juga tubir mata mereka melihat jejak kasih di antara ibu dan anak ini.

"Feen suka tengok ummi dengan adik." Kata Wafeen setelah mereka keluar dari wad Zinirah.

"Ya, mama pun, suka sangat."

"And..Feen rasa nak peluk mamalah. Boleh?"
Entah mengapa, permintaan Wafeen itu meruntun hati Wafa. Wafa sedar, dia tidak memberikan sepenuh kasih-sayang terhadap anak kandungnya ini. Dia selalu serahkan anaknya ini dibawah jagaan orang gaji. Mujurlah, Allah menjaga anaknya dengan baik. Entah mengapa, sketsa dua beranak di dalam wad tadi, membuatkan Wafa ingin berikan sepenuh kasih-sayang terhadap Wafeen Insyirah binti Izuddin.

"Ma? ma marah Feen? Feen tahu, mama sibuk. Tak apa, ma? Feen tak paksa mama." Kata Wafeen sedikit hampa. berubah juga air mukanya. Tapi, dia cuba menenangkan dirinya.

"Tak. Mama tak marah." Wafa menarik Wafeen ke dalam dakapannya.

"Ampunkan mama sayang, sebab abaikan Feen. Ampunkan mama, sayang."

"Mama, kenapa cakap macam tu? mama tak salah. Feen faham, mama sibuk." Jawab Wafeen sambil menyapu airmata bonda tersayang.

"Ya, mama tahu. Tapi, keterlaluan sangat kan, sibuk mama tu? maafkan mama ya sayang." Ciuman bertalu-talu hinggap di ubun-ubun anak yang berusia enam belas tahun ini.

"Feen rasa, Feen dah dapat mama Feen. Thank you, mama."
Lagi sebak Wafa jadinya. Allah, selama ini anak ini merasakan, yang dirinya di abaikan.
'Allah, berdosanya aku terhadap anak ini, Allah. Aku telah mengabaikan anugerah yang kau berikan, amanah yang kau berikan kepada aku dan suami. Ampunkan aku, Ya Allah. Berikan aku kesempatan lagi. Jangan kau ambil anakku ini.'

"Sayang, sorry. Mama janji, mama tak kan tinggalkan Wafeen lagi."
Wafa memeluk Wafeen sekali lagi. Kali ini, lebih lama. Dia ingin Wafeen rasa bahawa dia ada bersama Wafeen.

"Eh, peninglah akak. Kat dalam sedih, dekat luar sedih. Tak ada happy happy sikit ke?" Rohana memecahkan kesunyian.

"Amboi, ana. Macam saya tak nampak yang Ana nangis jugak tu kan?" Kata Wafa sambil tidak lepas memeluk anak tunggalnya.

"Iyalah. Korang sepupu sepapat ni, memang suka bagi saya nangis kan?" Kata Rohana. Dia turut terkesan dengan apa yang terjadi di hadapan matanya sekarang.

"Saya bukan apa, na. Saya dah lama abaikan Wafeen ni. Kesian dia." Rohana angguk mengerti.

"Saya tahu, anak ni amanah Allah untuk kita. Kalau kita abaikan, tak jaga dia dengan betul, kita, ibu-ibu ni yang jatuh berdosa balik. Syukurlah, Fa dah sedar. So maknanya, apa yang jadi dekat Naz dengan Zie tu, kita boleh ambik iktibar kan? okey, apa-apa pun, saya nak balik dululah. Nak peluk anak saya jugak. Asyik korang je, peluk anak. Saya pun nak jugak." Kata Rohana berseloroh sambil bersalaman dengan Wafa dan Wafeen. Disentuh ubun-ubun anak ini seketika.

"Jadi anak yang baik ya, Feen? bahagiakan mama dengan papa. nanti, aunty datang lagi jumpa Feen dan Zie."

"Baik, aunty. Feen janji."
Rohana berlalu sambil memberikan senyuman pada kedua-dua insan itu. Harapannya, semoga orang-orang yang dia sayang, berada dalam keadaan yang baik. Dia pun tak sabar nak balik jumpa anak-anaknya. Rindu sangat.

                                                                  ****TAMAT****

Credit : Azwanie Mohd Ali

Okey, cerita dah tamat. Kalau korang nak nangis jangan mintak tissu dengan Azy, belilah sendiri. Harap sedikit sebanyak cerpen diatas boleh dijadikan iktibar buat semua.
SEE YOU ALL AT THE NEXT ENTRY...Daaaaaa

Public Garden

Agent Topup DIPERLUKAN

Untung sen²... Boleh buat di mana saja.. Buat bila ada modal, bila rajin.. Tak perlu cari orang.. Daftar sekali, keahlian seumur hidup.. Rew...

My Instagram